Sejarah Penubuhan

•Dibangunkan oleh Kenshido Sdn. Bhd (dahulu dikenali sebagai Edu-2U Portal Sdn. Bhd) pada tahun 1999.
•Pelopor yang terunggul di Malaysia.
•R&D selama tiga tahun dengan modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.

•Pada tahun 2002, Score A Program telah dilancar-
kan di 14 buah Sekolah Bestari di seluruh Malaysia. Ia diberikan secara percuma untuk diuji keberkesanannya melalui kerjasama Kementerian Pedidikan Malaysia.

•Hasil ujian keberkesanannya selama 3 tahun (2002 – 2005) ke atas sekolah-sekolah Bestari ini, 95% pelajar-pelajar yang menggunakan Scora A Program™ mendapat ‘straight A’ dalam peperiksaan UPSR & PMR mereka.

•Setelah programa ini terbukti berkesan, ia mula dipasarkan secara berperingkat. Mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan pada tahun 2006 denganpelancaran Score A Program peringkat kebangsaan
oleh Menteri Pendidikan Y.A.B Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika itu di Plaza Angsana Johor Bharu.

•Mula dipasarkan secara meluas menggunakan konsep jaringan pemasaran (Network Marketing) supaya lebih
ramai pelajar-pelajar Malaysia memperoleh manafaat
darinya disamping memberi peluang untukmenjana
ekonomi seisi keluarga.

News- e-Zakat

News- e-Zakat
e-Zakat

Utusan Malaysia-Perasmian Jelajah GPMS-Score A

Muhyiddin tegaskan beliau bukan pemimpin rasis kerana dahulukan Melayu

Link ke Utusan

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukan seorang pemimpin yang rasis hanya kerana pendiriannya yang mendahulukan Melayu walaupun sesetengah pihak khususnya pembangkang kini menggelarnya sebagai 'Ultra Malay.'

Sambil mengulangi pendirian itu tidak bertentangan dengan gagasan 1Malaysia kerana ia selaras dengan Perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, masih ramai masyarakat Melayu perlu dibantu kerana kaum majoriti itu sebenarnya ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kaum lain.

''Saya bukan perkauman hanya kerana kenyataan mendahulukan Melayu. Kita (Barisan Nasional) merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang menghormati hak semua kaum dan ia dijamin.

''Namun, dalam konteks negara kita, Melayu merupakan penduduk majoriti dan ramai pula yang ketinggalan, maka sudah tentu perhatian dan tumpuan terarah kepada kaum majoriti secara bilangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)-Score A, di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azraei Idris.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi malah gagal bersaing dalam bidang pendidikan khususnya dari segi pencapaian dan penguasaan kemahiran sesuatu bidang yang profesional.

Menurutnya, oleh sebab itu, kerajaan perlu sentiasa membantu orang Melayu agar seiring dengan pencapaian kaum lain tetapi pada masa yang sama pelbagai insentif juga ditawarkan kepada penduduk bukan Melayu agar mereka terus maju.

''Adalah sesuatu yang tidak adil menggelarkan kita sebagai perkauman hanya kerana membantu kaum Melayu agar lebih maju sedangkan kerajaan tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain," jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai skuad jelajah motivasi 1Malaysia, Muhyiddin memuji usaha GPMS untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Melayu khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha meningkatkan penguasaan ilmu bagi melahirkan modal insan terpelajar bukan merupakan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi ia perlu dikongsi oleh pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Inilah langkah yang wajar diikuti NGO yang lain kerana jika kita ingin menjadi bangsa yang berjaya tiada cara lain selain melahirkan generasi modal insan yang berilmu," ujarnya.

News

News

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010
Skuad Jelajah GPMS

Score A Testimonial

Ikuti Testimoni Hebat dengan Klik Di sini

Sijil Syariah Kenshido International

Sijil Syariah Kenshido International

Ads

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.