Ciri - Ciri Unik Score A Program
















Ciri - Ciri Unik Score A Program

ePast Year Exam

•    Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’
•    Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

eTopic

•    Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari
•    Markah lulus 80% iaitu A
•    Penandaan adalah serta-merta
•    Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.

eAssessment


•    Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
•    Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
      Contoh keputusan 100 pelajar paling yang mendapat markah tertinggi seluruh Malaysia.
•    Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
•    Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
•    Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

eTrial Exam


•    Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
•    Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan
•    Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

eReport Card


•    Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
•    Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
•    Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
•    Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta
•    Tidak lagi mengharap report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
•    Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

eDictionary


•    Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.

eNotes

•    Nota ringkas tetapi padat
•    Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
•    Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
•    Berkonsepkan peta minda.

Countdown Timer

•    Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
•    “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
•    Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

Instant Marking


•    Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
•    Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
•    Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

eNational Trial Exam
•    Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara

News- e-Zakat

News- e-Zakat
e-Zakat

Utusan Malaysia-Perasmian Jelajah GPMS-Score A

Muhyiddin tegaskan beliau bukan pemimpin rasis kerana dahulukan Melayu

Link ke Utusan

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukan seorang pemimpin yang rasis hanya kerana pendiriannya yang mendahulukan Melayu walaupun sesetengah pihak khususnya pembangkang kini menggelarnya sebagai 'Ultra Malay.'

Sambil mengulangi pendirian itu tidak bertentangan dengan gagasan 1Malaysia kerana ia selaras dengan Perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, masih ramai masyarakat Melayu perlu dibantu kerana kaum majoriti itu sebenarnya ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kaum lain.

''Saya bukan perkauman hanya kerana kenyataan mendahulukan Melayu. Kita (Barisan Nasional) merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang menghormati hak semua kaum dan ia dijamin.

''Namun, dalam konteks negara kita, Melayu merupakan penduduk majoriti dan ramai pula yang ketinggalan, maka sudah tentu perhatian dan tumpuan terarah kepada kaum majoriti secara bilangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)-Score A, di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azraei Idris.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi malah gagal bersaing dalam bidang pendidikan khususnya dari segi pencapaian dan penguasaan kemahiran sesuatu bidang yang profesional.

Menurutnya, oleh sebab itu, kerajaan perlu sentiasa membantu orang Melayu agar seiring dengan pencapaian kaum lain tetapi pada masa yang sama pelbagai insentif juga ditawarkan kepada penduduk bukan Melayu agar mereka terus maju.

''Adalah sesuatu yang tidak adil menggelarkan kita sebagai perkauman hanya kerana membantu kaum Melayu agar lebih maju sedangkan kerajaan tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain," jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai skuad jelajah motivasi 1Malaysia, Muhyiddin memuji usaha GPMS untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Melayu khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha meningkatkan penguasaan ilmu bagi melahirkan modal insan terpelajar bukan merupakan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi ia perlu dikongsi oleh pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Inilah langkah yang wajar diikuti NGO yang lain kerana jika kita ingin menjadi bangsa yang berjaya tiada cara lain selain melahirkan generasi modal insan yang berilmu," ujarnya.

News

News

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010
Skuad Jelajah GPMS

Score A Testimonial

Ikuti Testimoni Hebat dengan Klik Di sini

Sijil Syariah Kenshido International

Sijil Syariah Kenshido International

Ads

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.