Pengiktirafan & Penganugerahan


* 25 Ogos 2002 : Pelancaran Score A program oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Dato’ Aziz Shamsuddin di Sekolah Wawasan Subang Jaya, Selangor.

* 30 Jan 2003 : Malam Biasiswa Sarawak oleh Menteri Pertanian & Industri Makanan, Y.B. Dato’ Sri Haji Adenan Bin Satem.

* 21 Julai 2005 : Majlis Penyerahan Score A di Pasir Gudang Johor Bharu oleh Menteri Usahawan Koperasi & Pembangunan, Y.B. Datuk Mohamed Khaled Nordin.

* 21 Sept 2005 : Majlis Menandatangani Perjanjian Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Penjara Dengan Score A Program oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato’ Noh Omar.

* 13 Feb 2005 : Program Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Parit Sulong oleh Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Y.B. Dato’ Jamaluddin Bin Dato’ Mohd Jarjis.

* 25 Mar 2006 : Majlis Pelancaran & Penyerahan Portal Score A Parlimen oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Y.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin.

* Dan satu-satunya Portal Pendidikan yang mendapat pengiktirafan dari Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein & PIBG Nasional


Pengiktirafan Khas




Cikgu Rokiah Alias


"Saya lihat program ini sangat-sangat HEBAT! Program ini WAJIB dilanggan oleh setiap IBUBAPA bagi memastikan KECEMERLANGAN anak-anak dalam peperiksaan. Saya merasa amat bangga bersama program ini dan melihat ramai anak-anak muda BERJAYA. Mereka Boleh! Anda pun BOLEH!"

Mantan Pengetua

Kolej Tunku Kurshiah (TKC),

Seremban, N.Sembilan

(1998 – 2005)

Pengetua Cemerlang Malaysia


KESIMPULAN 6P

1. PELENGKAP kepada sistem pendidikan di MALAYSIA
2. PEMANTAUAN oleh Ibu Ayah – Wujud hubungan / komunikasi 3 hala di antara Pelajar,Ibu Ayah & Guru.
3. “PRIME TIME” – Waktu yang optimum pelajar untuk mengulangkaji pelajaran adalah berbeza bagi setiap pelajar.
4. PENGURUSAN MASA – Pelajar akan dibiasakan dengan sistem pengurusan masa sendiri untuk bersedia hadapi peperiksaan.
5. PEMANGKIN - Pelajar akan sentiasa meningkatkan prestasi mereka setiap masa sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.
6. “PERSONAL & EMOTIONAL BONDING” – Secara psikologi pelajar akan mendapat hubungan emosi lebih rapat dengan Ibu Ayah yang boleh membantu mereka lebih bermotivasi untuk lebih berjaya.


Dr Shukri Abdullah


"Program ini bukan saja memenuhi keperluan Output Learning malah ia turut melengkapkan keperluan Input Learning, justeru membantu dengan banyaknya seseorang pelajar dalam membuat persiapan pembelajaran sebelum kelas dan latihan pengukuhan selepas kelas dan lebih-lebih lagi pelajar yang sedang membuat persediaan peperiksaan"


Pakar Motivasi & Strategi Belajar Malaysia


Rahsia Pelajar Cemerlang

Konsep S.A.T.U.


S edia - Sebelum pergi ke sekolah - baca eNotes &

A wal buat latih-tubi eTopic


T umpu 100% - Dalam kelas - tanya guru sehingga faham.


U langkaji - Balik dari sekolah - buat latih-tubi eTopic.

Mana yang tidak faham, baca eNotes semula.


Sebelum peperiksaan:

- Buat eAssessment, eTrial Exam, ePast Year Exam


Ibubapa pula hendaklah memantau perkembangan anak-anak melalui eReport Card.

 Sijil Pengesahan Halal

 Penggunaan e-Zakat dalam sistem Kenshido

News- e-Zakat

News- e-Zakat
e-Zakat

Utusan Malaysia-Perasmian Jelajah GPMS-Score A

Muhyiddin tegaskan beliau bukan pemimpin rasis kerana dahulukan Melayu

Link ke Utusan

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukan seorang pemimpin yang rasis hanya kerana pendiriannya yang mendahulukan Melayu walaupun sesetengah pihak khususnya pembangkang kini menggelarnya sebagai 'Ultra Malay.'

Sambil mengulangi pendirian itu tidak bertentangan dengan gagasan 1Malaysia kerana ia selaras dengan Perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, masih ramai masyarakat Melayu perlu dibantu kerana kaum majoriti itu sebenarnya ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kaum lain.

''Saya bukan perkauman hanya kerana kenyataan mendahulukan Melayu. Kita (Barisan Nasional) merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang menghormati hak semua kaum dan ia dijamin.

''Namun, dalam konteks negara kita, Melayu merupakan penduduk majoriti dan ramai pula yang ketinggalan, maka sudah tentu perhatian dan tumpuan terarah kepada kaum majoriti secara bilangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)-Score A, di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azraei Idris.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi malah gagal bersaing dalam bidang pendidikan khususnya dari segi pencapaian dan penguasaan kemahiran sesuatu bidang yang profesional.

Menurutnya, oleh sebab itu, kerajaan perlu sentiasa membantu orang Melayu agar seiring dengan pencapaian kaum lain tetapi pada masa yang sama pelbagai insentif juga ditawarkan kepada penduduk bukan Melayu agar mereka terus maju.

''Adalah sesuatu yang tidak adil menggelarkan kita sebagai perkauman hanya kerana membantu kaum Melayu agar lebih maju sedangkan kerajaan tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain," jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai skuad jelajah motivasi 1Malaysia, Muhyiddin memuji usaha GPMS untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Melayu khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha meningkatkan penguasaan ilmu bagi melahirkan modal insan terpelajar bukan merupakan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi ia perlu dikongsi oleh pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Inilah langkah yang wajar diikuti NGO yang lain kerana jika kita ingin menjadi bangsa yang berjaya tiada cara lain selain melahirkan generasi modal insan yang berilmu," ujarnya.

News

News

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010
Skuad Jelajah GPMS

Score A Testimonial

Ikuti Testimoni Hebat dengan Klik Di sini

Sijil Syariah Kenshido International

Sijil Syariah Kenshido International

Ads

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.