Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output” iaitu kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input iaitu membaca, belajar, menghafal dan mendengar. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana cara melatih anak anda teknik pembelajaran output yang disediakan. Syarikat telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan serta keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

News- e-Zakat

News- e-Zakat
e-Zakat

Utusan Malaysia-Perasmian Jelajah GPMS-Score A

Muhyiddin tegaskan beliau bukan pemimpin rasis kerana dahulukan Melayu

Link ke Utusan

KUALA LUMPUR 15 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bukan seorang pemimpin yang rasis hanya kerana pendiriannya yang mendahulukan Melayu walaupun sesetengah pihak khususnya pembangkang kini menggelarnya sebagai 'Ultra Malay.'

Sambil mengulangi pendirian itu tidak bertentangan dengan gagasan 1Malaysia kerana ia selaras dengan Perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, masih ramai masyarakat Melayu perlu dibantu kerana kaum majoriti itu sebenarnya ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kaum lain.

''Saya bukan perkauman hanya kerana kenyataan mendahulukan Melayu. Kita (Barisan Nasional) merupakan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang menghormati hak semua kaum dan ia dijamin.

''Namun, dalam konteks negara kita, Melayu merupakan penduduk majoriti dan ramai pula yang ketinggalan, maka sudah tentu perhatian dan tumpuan terarah kepada kaum majoriti secara bilangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)-Score A, di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azraei Idris.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi malah gagal bersaing dalam bidang pendidikan khususnya dari segi pencapaian dan penguasaan kemahiran sesuatu bidang yang profesional.

Menurutnya, oleh sebab itu, kerajaan perlu sentiasa membantu orang Melayu agar seiring dengan pencapaian kaum lain tetapi pada masa yang sama pelbagai insentif juga ditawarkan kepada penduduk bukan Melayu agar mereka terus maju.

''Adalah sesuatu yang tidak adil menggelarkan kita sebagai perkauman hanya kerana membantu kaum Melayu agar lebih maju sedangkan kerajaan tidak pernah menafikan hak-hak kaum lain," jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai skuad jelajah motivasi 1Malaysia, Muhyiddin memuji usaha GPMS untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar Melayu khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha meningkatkan penguasaan ilmu bagi melahirkan modal insan terpelajar bukan merupakan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi ia perlu dikongsi oleh pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Inilah langkah yang wajar diikuti NGO yang lain kerana jika kita ingin menjadi bangsa yang berjaya tiada cara lain selain melahirkan generasi modal insan yang berilmu," ujarnya.

News

News

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010

Jelajah Score A-15hb.Mac 2010
Skuad Jelajah GPMS

Score A Testimonial

Ikuti Testimoni Hebat dengan Klik Di sini

Sijil Syariah Kenshido International

Sijil Syariah Kenshido International

Ads

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.